Institusi Pondok dalam Sistem Pendidikan Islam di Malaysia
DOI:
https://doi.org/10.15642/jkpi.2024.14.1.85-91Abstract
Pengajian pondok merupakan satu institusi pengajian berteraskan Islam yang telah berkembang pesat di alam Melayu khususnya di Malaysia. Ia merupakan tempat pengajian formal yang terawal dibentuk oleh pengasasnya mengikut kekuatan pegangan agama Islam pada masa itu sehingga terbentuknya satu organisasi di dalam kawasan tertentu. Penulisan ini bertujuan untuk mengetahui sumbangan institusi pondok dalam sistem pendidikan Islam dan sejarah perkembangannya. Kajian ini menggunakan metod kepustakaan yang terdiri daripada rujukan jurnal, artikel, buku-buku dan tesis yang berkaitan dengan institusi pondok. Hasil kajian mendapati bahawa institusi pondok telah memberi kesan terhadap perkembangan sistem pendidikan Islam awal di Malaysia. Selain itu, institusi pondok juga melahirkan ramai tokoh-tokoh Ulama yang disegani khususnya di dalam bidang pendidikan Islam dan juga di dalam bidang-bidang yang lain seperti kesenian dan politik yang mana ulama tersebut telah banyak memberi sumbangan dalam bidang kepakaran masing-masing.
Downloads
References
Abdul Rahman Abdullah. 2007. Sejarah dan Tamadun Islam. Alor Setar: Pustaka Darussalam Sendirian Berhad.
Adullah Ishak. 1995. Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Jelani. 1989. Sistem Pendidikan Melayu (Islam) Tradisional Merujuk Kepada Sistem Pendidikan Pondok di Kedah: Asal Usul dan Perkembangan Hingga 1957. Tesis Ijazah Sarjana Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Awang Had Salleh. 1997. Pelajaran dan Perguruan Melayu di Malaya (Zaman British). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang, R. 2006. Perkembangan Institusi Pondok di Nusantara: Pengaruhnya di Negeri Kedah. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Norafifah Ab Hamid et al. 2013. Sumbangan ulama melayu dalam mengukuhkan jati diri melayu-islam. Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) dan Cabaran Idealisme Semasa. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Suhanim Abdullah. 2014. Pemikiran Tokoh Ulama Banjar Kedah. Batu Pahat: Penerbitan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Tajudin Saman. 1993. Tokoh Ulama Nusantara. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn.Bhd.
William, R. 1974. The Origins of Malay Nationalism. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Mohammad Wahyudi

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.




